Webinar Nadi X Cybersecurity: Deepfake & Ai Scam - Bila Muka Dan Suara Anda Dipalsukan: Sesi Julai 2026

10 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2026, Khamis – Seramai dua orang peserta telah menyertai Live Webinar NADI x Cybersecurity bertajuk “Deepfake & AI Scam: Bila Muka dan Suara Anda Dipalsukan” pada 9 Julai 2026 (Khamis). Webinar yang berlangsung secara dalam talian melalui platform LMS Cybersecurity ini telah dihadiri oleh peserta di NADI Bengoh.

Webinar berlangsung dari 3.00 petang hingga 4.30 petang dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman teknologi deepfake dan penipuan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang semakin berkembang. Peserta turut didedahkan kepada bagaimana kandungan palsu dihasilkan sehingga kelihatan meyakinkan.

Sepanjang sesi, peserta mempelajari teknik mengenal pasti video, gambar dan suara yang telah dimanipulasi, di samping memahami langkah-langkah melindungi identiti digital serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan siber yang menggunakan teknologi AI.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberikan pendedahan yang berguna kepada para peserta mengenai kepentingan keselamatan siber dalam era digital. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta dikongsikan bersama keluarga dan komuniti bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman penipuan digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali